20091203

terjaga.

aku baru sedar, yang aku sangat mengabaikan ieralicious.belogsepot aku ini oh. kesian dia, berhabuk, bersawang. bulan november, aku mencoret lima entri je ? phewww. gila terabai ieralicious ini.

okay, fine. nak story. mood sangat tiada kebelakangan ini. serious. makin nak dekat birthday aku, makin kurang mood aku. see, sungguh hipotesis. *blergh.

alright. sepatutnya malam sabtu ni, nak pergi berkaraoke dengan semua gadis-gadisku. seperti biasa lah, EDA, UTT, SOFEA, dan lain-lain. tapi disebabkan beberapa perkara, terus aku rasa tidak ada mood dan yeah, segala rancangan dibatalkan. maaf yea sayang-sayang sekalian.

haih..

SILA BERITAHU SAYA, BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK SAYA BERSUKA RIA MENYAMBUT ULANG TAHUN SAYA DENGAN RAKAN-RAKAN YANG LAIN TANPA BESTFRIEND SAYA?

ngeri.

saya dapat mimpi buruk yang berjaya membuatkan mood saya rosak masuk hari ke-tiga hari ini.

saya bermimpi, tidak ada siapa yang ingat hari ulang tahun kelahiran saya. tiada ucapan, tiada hadiah dan paling seronok sekali, tiada sambutan. ibu bapa pulang ke kampung, kekasih hati sibuk membina otot dan yeah, kawan-kawan tidak dapat dihubungi di sebarang talian. maka, saya duduk dirumah seorang diri makan maggi cawan panas sambil menonton shin chan yang nakal.

whatthafarkk ?

ah, hilang mood ah macamni !
merajuk lagi 4 hari.
bye bye bye bye bye bye bye bye.

oh bytheway,
ahad.. enam hari bulan dua belas ini hari ulang tahun saya yang ke 19.
*sengih*

20091125

sofea<3

pagi tadi, aku terjaga tepat pada pukul 8.30 pagi. tersedar dek deringan telefon yang berdering kuat dicuping telinga aku ini. tanpa melihat siapa ditalian aku terus menjawab panggilan itu dengan mood yang masih lagi mamai dan blur.

aku : hello. *menguap*
pemanggil : iera..
aku : yea? siapa ni?
pemanggil : tak kenal i ? hurm.. your long lost bestfriend ? hurm.

chop chop. macam pernah dengar je suara lembut, manja macam ni. OMG. takkanlah..

aku : long lost bestfriend? sofea ? sofea farhana ??
sofea : babe.. i mintak sorry. maafkan i.
aku : ey. fea. gosh. hurm.. its okay. its okay.
sofea : you okay tak ? i rindu sangat. i dah tukar no.
aku : i okay. i okay. i rindu u sangat-sangat jugak sofea. oh, no wonder tak boleh contact.
sofea : babe, i banyak benda nak cerita dengan you tp tak boleh story skrg, i kena pergi kerja. nanti kita jumpa yea?
aku : yeah. yeah. sure babe.
sofea : okay, nanti i call lagi. i love you, take care. rindu !
aku : you too babe. take care, rindu and love you too.

bila talian terputus. aku macam still lagi termangu dekat atas katil. cuba waraskan diri semula. oh my god. sumpah, sofea call and i miss her like so damn fucking much. dammit.

to sofea :
sayang, im sorry too. i dah tak marah you dah, i faham you terlalu emosi that time and yeah, you still young and of course lah tak matured lagi. i should understand your situation that time kan ? silly me. i miss you baby boo, i swear im not lying. after almost two months, im glad that we finally okay back and yeah, tak nak ada silly fight macam dulu lagi. we promised that our friendship ni forever kan ? i miss you, i miss you. please jangan jadi macam dulu lagi. i care about you and i tak nak you sesat jalan lagi. and i will try my best untuk guide you back. macam dulu-dulu. i love you, take care sweetheart.

only god know how much i love this girl<3

20091124

mereka.

malam tadi tak dapat lelapkan mata. macam-macam benda yang bermain dekat dalam kotak fikiran aku ni. hurm.. bila fikir-fikirkan balik, ramai orang yang aku sayang, pergi tinggalkan aku. bukan untuk sementara, tapi forever.

semalam, aku teringat dekat arwah tok ayah. terkilan. sebab saat-saat dia pejamkan mata, aku tak ada dengan dia. even waktu kebumi pun, aku tak ada. tok wan cakap, waktu tok ayah tengah nazak tu, dalam ambulans, dia asyik sebut nama aku. hampa lah. serious sadis. sampai sekarang rasa terkilan tu ada. kalau lah masa boleh putar balik.. haih..

semalam jugak, aku teringat pada arwah Iq. teringat senyuman dia, teringat lawak bodoh dia. betapa rindunya aku dekat Iq, tuhan saja yang tau. nak lawat pusara Iq. nak baca yassin tepi pusara dia, nak siram air bunga mawar atas pusara Iq. nak bersihkan rumput-rumput liar yang ada dekat pusara tu. tapi, sedih. Iq dikebumikan dekat Jakarta. irfan cakap, nanti nak plan trip pergi Jakarta. holiday sambil-sambil tuh boleh singgah lawat pusara Iq. tapi.. bila yea ?

semalam lagi.. buat kali yang entah keberapa kali, aku menangisi pemergian one of my best friend, my sisterhood, Norelle Abdullah. Norelle meninggal disebabkan LEUKIMIA. sampai sekarang, aku rasa terkilan dan bersalah terhadap Norelle.. terlalu bersalah.

mengimbas kembali..

Norelle : Raa, you jangan balik yea ? teman i tonight. i takut tidur sorg.
Aku : Sure, sure. I promise i stay. Tidur yea Elle ?
Norelle : *senyum nipis dan terus memejamkan mata*

10 minit kemudian..

Nelly tiba bersama dengan ibu Norelle, Aunty Mariah.

Nelly : Raa, you look so tired. balik dulu lah. biar aku jaga Elle pulak.
Aku : But Elle suruh aku stay.
Nelly : Nevermind. kau balik dulu. aku kan ada ? Nanti petang sikit, kau datang lah balik. Elle mesti tidur lama. baru lepas makan ubat kan ?
Aunty Mariah : Yeah iera, balik dulu yea sayang ? aunty ada. nelly ada. nanti anything, aunty inform.
aku : hurm.. okay. iera balik kejap lah aunty. mandi dulu. nanti petang iera datang balik.

aku tatap muka Elle, pegang tangan dia, dan kiss dahi dia and yea.. thats for the last time. aku terus balik ke rumah. tibanya aku dirumah, baru je kaki aku melangkah masuk kedalam rumah.. telefon berdering. Nelly ditalian.

Nelly : Iera.. *crying*
Aku : Nell ? hey nell, kenapa ? *jantung aku waktu tu dah berdegup kencang sangat*
Nelly : Norelle..
Aku : Ya Allah. *terus handphone terlepas*

aku terus terduduk dan terkedu. serious aku tergamam sangat. aku tak tau apa yang aku patut buat. dalam kotak minda aku ketika itu, asyik terbayang permintaan Norelle suruh aku stay, teman dia. sumpah perasaan bersalah tu menghantui aku sampai sekarang. walaupun dah hampir 4 tahun perkara tu berlaku. but still aku rasa macam baru semalam ketawa dengan Norelle. haih.. sesungguhnya, Allah tuh lebih sayangkan Norelle.

Ya Allah,
kau tempatkan lah mereka dikalangan mereka yang beriman.
cucuri lah rahmat keatas roh-roh mereka.
semoga mereka ditempat di salah satu syurga-Mu.
Amin.

20091109

BFF

happy birthday to you, happy birthday to you,
happy birthday to IEKA, happy birthday to you.
happy birthday to you.

hari ni merupakan hari tua bagi sahabat baik saya, IEKA HANAFI.
ieka sudah berusia sembilan belas tahun, dia tua sebulan daripada saya.
sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke sembilan belas ini..
saya ingin membuat sedikit ucapan.
:)

ehem. ehem. testing testing one two three.

kau ingat lagi tak zaman kita sekolah dulu ?
kita selalu kongsi makan sama-sama time rehat. beli nasi lemak ke, mee udang ke lepas tu kongsi makan sama-sama satu mangkuk.

kau ingat lagi tak zaman kita sekolah dulu ?
bila ada antara kita yang sakit masuk bilik rawatan, mesti salah satu pergi melawat bawak makanan lepas tu, nanti kita terlelap sama-sama dekat atas satu katil.

kau ingat lagi tak zaman kita sekolah dulu ?
kita ponteng kelas sama-sama, lepak dalam surau makan nasi lemak dengan karipap sampai kantoi bodoh dengan cikgu.

kau ingat lagi tak zaman kita sekolah dulu ?
kita pernah buat ustazah "uchna" terasa and nangis dalam kelas agama ?

4 tahun aku dengan kau. macam-macam benda dah kita lalui sama-sama. ketawa, nangis, gembira, sedih semua aku buat dengan kau. yes, memang kita sama-sama ramai kawan perempuan yang lain. tapi pada aku, still.. tetap kau yang terbaik. :)

i love you ieka hanafi, i love you.
happy birthday cilaka, 19 tahun dah ey kau ?
ngeh, cepat kahwin !
:DD


:)

best friend forevahh ;)

i love you, kaa. :)


20091108

irsyad fauzi.

7 November 2009

how can i say no to you irsyad fauzi ?
i love you too and yes, im yours.
:)

♥♥♥

dear readers,
kami sudah bersama kembali.
5 hari tanpa irsyad fauzi, sumpah buat aku rasa macam nak mati.
well.. episod cinta bersambung lagi.
hope kalian tak ada muntah darah baca kisah-kisah kami.
yeayyy !

irsyad,
i love you.
i swear i do.
i forgive you.
and im sorry too.
0-0 okay ?
:)